Wing Komander
| Wing Komander Wing Commander | |||||
| |||||
| Negara | |||||
| Cabang perkhidmatan | |||||
| Kumpulan pangkat | Pegawai kanan | ||||
| Singkatan | Wg Cdr/WGCDR/WC | ||||
| Diperkenalkan | Ogos 1919 | ||||
| Persamaan NATO | OF-4 | ||||
| Pangkat tinggi seterusnya | Grup Kapten | ||||
| Pangkat rendah seterusnya | |||||
| Persamaan pangkat tentera laut | Komander (RN) | ||||
| Persamaan pangkat tentera darat/marin | Leftenan Kolonel (TD/RM) | ||||
Wing Komander (Wing Commander atau Wg Cdr dalam RAF, IAF, dan PAF, WGCDR dalam RNZAF dan RAAF, kadang kala W/C dalam semua cabang perkhidmatan) ialah pangkat bertauliah kanan dalam Tentera Udara Diraja[1] dan tentera udara banyak negara yang mempunyai pengaruh sejarah British, termasuk banyak negara Komanwel tetapi tidak termasuk Kanada dan Afrika Selatan. Ia kadang kala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris. Pangkat ini berada di atas Ketua Skuadron dan berada di bawah Grup Kapten. Ia mempunyai kod pangkat OF-4 NATO, dan setaraf dengan Komander dalam Tentera Laut Diraja dan Leftenan Kolonel dalam Tentera Darat British, Marin Diraja dan Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat.
Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force, Women's Royal Air Force (hingga 1968), dan Princess Mary's Royal Air Force Nursing Service (hingga 1980) ialah pegawai wing. Pangkat sepadan dalam Royal Observer Corps (hingga 1995) ialah komander peninjau yang mempunyai insignia pangkat yang sama.
Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]Tentera Udara Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]Dalam United States Air Force (USAF), seorang wing komander ialah jawatan pemerintahan, bukannya pangkat. Jawatan tersebut kebiasaannya diisi oleh seorang Kolonel (sesetengah wing udara USAF dipimpin oleh seorang Brigedier General) yang lazimnya memerintah sebuah wing udara dengan beberapa grup komander (juga merupakan jawatan, bukannya pangkat USAF) melapor kepadanya.
Tentera Laut Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]Dalam United States Navy (USN), seorang wing komander juga merupakan jawatan pemerintahan, bukannya pangkat. Pangkat setara dalam USN ialah Kepten. Wing Komander Tentera Laut biasanya ialah seorang Naval Aviator atau Naval Flight Officer yang lazimnya memerintah sebuah Carrier Air Wing atau wing/grup udara “fungsional” seperti wing pesawat pejuang serangan, wing rondaan dan peninjauan, grup kawalan udara taktikal, atau wing latihan udara, dengan beberapa pegawai memerintah skuadron melapor kepadanya. Pegawai yang memerintah wing udara kapal induk dipanggil “CAG”, berasal daripada zaman dulu apabila wing udara kapal induk dikenali sebagai grup udara kapal induk (carrier air groups). Pegawai yang memerintah wing dan grup udara fungsional pula dipanggil Komodor. Tidak seperti USAF, pemerintahan “grup” dalam USN adalah setaraf atau lebih kanan daripada wing udara.
Peronda Udara Awam (Tentera Udara Bantuan Amerika Syarikat)
[sunting | sunting sumber]Civil Air Patrol (CAP), iaitu pasukan bantuan sukarela kepada USAF, mengikuti struktur pangkat USAF. CAP membahagikan negara kepada 52 wing (setiap satu mewakili negeri, wilayah, dan Daerah Columbia). Setiap wing diketuai oleh seorang kolonel CAP yang memegang jawatan sebagai wing komander.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pangkat pegawai RAF
- Senarai perbandingan pangkat tentera
- Wing Commander, siri permainan komputer yang popular.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "RAF - Commissioned Ranks". Royal Air Force. 2011. Dicapai pada 2011-06-17.
| Pangkat pegawai bertauliah dalam Angkatan Tentera British | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Kod pangkat NATO | Pegawai pelatih | OF-1 | OF-2 | OF-3 | OF-4 | OF-5 | OF-6 * |
OF-7 ** |
OF-8 *** |
OF-9 **** |
OF-10 ***** | ||
| Tentera Laut Diraja | O Cdt | Mid | SLt | Lt | Lt Cdr | Cdr | Capt | Cdre | RAdm | VAdm | Adm | Adm of the Fleet | |
| Marin Diraja | O Cdt | 2Lt | Lt | Capt | Maj | Lt Col | Col | Brig | Maj-Gen | Lt-Gen | Gen | Capt-Gen | |
| Tentera Darat | O Cdt | 2Lt | Lt | Capt | Maj | Lt Col | Col | Brig | Maj-Gen | Lt-Gen | Gen | Fd Mshl | |
| Tentera Udara Diraja | Off Cdt / SO | APO / Plt Off | Fg Off | Flt Lt | Sqn Ldr | Wg Cdr | Gp Capt | Air Cdre | AVM | Air Mshl | Air Chf Mshl | Mshl of the RAF | |
| Senarai | |||||||||||||
