Pergi ke kandungan

Kapten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang kapten memerhatikan laut mencari sebarang batasan, 1941.

Kapten (Jawi: کڤتن) atau kapitan[1] merupakan satu pangkat atau gelaran dengan pelbagai makna berpincang mengikut konteks disentuh baik dalam bidang pelayaran, tentera, penerbangan, polis, perkhidmatan kecemasan dan sukan, namun umumnya difahamkan menandakan peranan penjawat mengetuai atau memimpin sesebuah pasukan.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Gelaran ini datangnya dari Bahasa Latin capitaneus ("ketua") terbitan perkataan caput yakni "kepala";[2] hal ini boleh diibaratkan dengan penggunaan perkataan "kepala" atau "hulu" (lihat penghulu) merujuk kepada gelaran ketua sesebuah kelompok. Perkataan Latin ini diturunkan kepada dua bentuk Romawi yang diserap dalam bahasa Melayu:

Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera DaratTentera LautTentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil MarsyalLaksamana ArmadaMarsyal TUDM
JeneralLaksamanaJeneral TUDM
Leftenan JeneralLaksamana MadyaLeftenan Jeneral TUDM
Mejar JeneralLaksamana MudaMejar Jeneral TUDM
Brigedier JeneralLaksamana PertamaBrigedier Jeneral TUDM
KolonelKeptenKolonel TUDM
Leftenan KolonelKomanderLeftenan Kolonel TUDM
MejarLeftenan KomanderMejar TUDM
KaptenLeftenanKapten TUDM
LeftenanLeftenan MadyaLeftenan TUDM
Leftenan MudaLeftenan MudaLeftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran IPegawai Waran IPegawai Waran Udara I
Pegawai Waran IIPegawai Waran IIPegawai Waran Udara II
Staf SarjanBintara KananFlait Sarjan
SarjanBintara MudaSarjan Udara
Koperal,BombardierLaskar KananKoperal Udara
Lans Koperal,Lans BombardierLaskar Kelas ILaskar Udara Kanan
Laskar Kelas IILaskar Udara I
Laskar Udara II
Prebet,Renjer,Trooper,Gunner,SapperLaskar MudaLaskar Udara
Perajurit MudaPerajurit MudaPerajurit Muda

Dalam ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Seseorang kapten tentera dipilih untuk memimpin dan memberi perintah ke atas kompeni askar-askar. Pangkat ini juga lebih umum bertindak sebagai pemerintah kedua pasukan artileri dalam sesebuah angkatan tentera.

Dalam pelayaran

[sunting | sunting sumber]

Kapten atau nakhoda sesebuah kapal dipertanggungjawabkan atas keselamatan kapal yang dikemudikan dalam pelayaran[6]:4 serta isi yang diangkutkan,[6]:7 kebajikan anak-anak kapal[6]:7-11 serta pematuhan pelayaran kapal dikemudikan mengikut undang-undang perairan setempat dan antarabangsa.[6]:3

Dalam sukan

[sunting | sunting sumber]

Kapten sesebuah pasukan sukan dilantik jurulatih dengan tanggungjawab diamanahkan mengatur strategi dan kerjasama sesama rakan sepasukan semasa sesuatu perlawanan itu berlangsung. Pemilihan seseorang kapten boleh ditentukan tahap keupayaan bermain mahupun kepimpinan.[7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Wilkinson, Richard James (1932). "kapitan". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 509 melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "căpĭtānĕus". A Latin Dictionary melalui Projek Perseus.
  3. Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 78.
  4. M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "kapitein". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  5. Kwik Khing Djoen (1923). "kapitein" (PDF). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 164.
  6. 1 2 3 4 Aragon, James R.; Messer, Tuuli Anna (2001). Master's handbook on ship's business. Cambridge, Md: Cornell Maritime Press. ISBN 0-87033-531-6.
  7. "Oy, oy captain! Picking captains can give coaches headaches". USA Today. 19 Ogos 2017.