ARTIKEL

Murid hayati ibadah haji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu (SRIAAB) berjaya menganjurkan Program Haji Cilik SRIAAB 1447H bertemakan Dari Hati Ke Kaabah dalam suasana meriah dan penuh bermakna di pekarangan sekolah baru-baru ini.

Program tersebut melibatkan penyertaan seramai 113 murid dan 12 guru sebagai usaha memberikan pendidikan secara holistik, khususnya dalam meningkatkan kefahaman murid tentang ibadah haji serta membentuk sahsiah diri yang selaras dengan tuntutan Islam.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan pelibatan khas Ustaz Muhammad Hafiz Amiruddin Bahren yang menyampaikan pengisian berkaitan ibadah haji secara interaktif dan mudah difahami.

Antara objektif utama penganjuran program itu adalah untuk memperkenalkan tatacara pelaksanaan ibadah haji kepada murid sejak usia muda, selain meningkatkan pemahaman mereka terhadap rukun dan wajib haji.

Di samping itu, program tersebut bertujuan menerapkan nilai-nilai murni seperti kesabaran, disiplin, kerjasama dan semangat tolong-menolong dalam kalangan murid. Program dimulakan dengan sesi pengenalan ibadah haji yang menerangkan maksud, sejarah serta kepentingannya dalam kehidupan seorang Muslim.

Seterusnya, murid-murid mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafiz yang berjaya menarik minat mereka menerusi penyampaian yang menarik dan berkesan.

Bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna, muridmurid turut menyertai simulasi ibadah haji seperti tawaf, saie dan melontar jamrah. Aktiviti tersebut membantu mereka memahami setiap proses ibadah secara lebih praktikal, sekali gus menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah dihayati.

Secara keseluruhannya, Program Haji Cilik SRIAAB 1447H berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberikan impak positif kepada para peserta. Pihak sekolah berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi muda yang memahami, menghayati dan mencintai ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

BERITA LAIN

Awal Muharam titik permulaan

Awal Muharam menandakan bermulanya tahun baharu dalam takwim Islam. Peristiwa ini bukan sekadar menandakan pertukaran tahun, malah membawa makna yang mendalam berkaitan perubahan, penghijrahan dan

Bina jenama melalui media sosial

Dalam era digital yang berkembang pesat, media sosial bukan lagi sekadar platform hiburan, sebaliknya menjadi medium bagi golongan muda menjana pendapatan dan membina kerjaya. Bagi

Memancing bukan sekadar hobi

Minat yang tersemat dalam diri seseorang mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan sekiranya disertai dengan usaha dan kesungguhan yang berterusan. Siapa sangka, hobi yang pada awalnya

Autisme bukan penghalang Rayqal buru cita-cita besar

KUALA LUMPUR: Seorang remaja autistik tahap ringan membuktikan cabaran yang dihadapi tidak menghalangnya untuk mengembangkan bakat dalam sukan berkuda yang diminatinya sejak kecil. Menurut Bernama,

Perkasa komuniti melalui kemahiran

Seramai 20 peserta menyertai Kursus Pembuatan Keropok Lekor anjuran Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dengan kerjasama Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bako yang berlang sung di

VIDEO TERKINI

BERITA TERBARU

Perkasa Pembelajaran Digital Di Luar Bandar

BINTANGOR: SJK(C) Tong Hua, Bintangor kini memasuki fasa pembelajaran yang lebih moden apabila sebuah skrin LED baharu disediakan di dewan baharu sekolah itu, sekali gus