Pergi ke kandungan

Sultan Sallehuddin (Perak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sultan Sallehuddin Shah)
Sultan Sallehuddin
Paduka Sri Sultan Perak
Sultan Perak ke-9
Pemerintahan1630–1636
Didahului olehSultan Mahmud Shah I
Diikuti olehSultan Mudzaffar Shah II
Keputeraan1589
Kemangkatan1636
Kampar, Sumatera
PemakamanKampar
Nama penuh
Raja Kobat ibni Raja Yusuf
Nama diraja
Paduka Sri Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
Nama selepas mangkat
Marhum Mangkat di Kampar
KerabatPerak
AyahandaSultan Mahmud Shah
AgamaIslam

Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah (Jawi: ‏سلطان صالح الدين ابن المرحوم سلطان محمود شاه‎‎) ialah Sultan Perak yang kesembilan. Baginda memerintah Perak dari tahun 1630 hingga 1636. Baginda merupakan putera kepada Sultan Perak kelapan, Sultan Mahmud Shah I.[1]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Shah pada tahun 1630, putera baginda, Raja Kobat telah diangkat sebagai Sultan yang baharu dengan gelaran Sultan Sallehuddin. Sewaktu pemerintahan Sultan Sallehuddin, wabak taun dikatakan telah melanda seluruh Perak sehingga mengorbankan ramai penduduk. Oleh itu, baginda dikatakan telah berlayar ke Kampar di Sumatera dan mangkat di sana pada tahun 1636. Dengan mangkatnya baginda, terputuslah jurai keturunan Sultan Melaka–Perak dari sebelah pihak lelaki. Baginda digelar "Marhum Mangkat di Kampar" dan dipercayai dimakamkan di sana. Namun, makam baginda di sana masih tidak dapat dijumpai hingga kini.[2]

  1. ↑ "Senarai Sultan Perak". Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Dicapai pada 2026-04-17.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  2. ↑ Jasbindar, Freddie Aziz. "Sultan Salehuddin (Sultan Perak ke 9)". www.orangperak.com (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2022-09-02.
Didahului oleh
Sultan Mahmud Shah
Sultan Perak
1630-1636
Diikuti oleh:
Sultan Mudzaffar Shah II