Pergi ke kandungan

Yesaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Isaiah)

Yesaya ataupun Nabi Yesaya (Bahasa Ibrani: יְשַׁעְיָהוּ Baku Yəšaʿyáhu Tabariyah Yəšaʿyáhu, Bahasa Yunani: Ἠσαΐας, Ēsaiās; Bahasa Arab: '''أشعیاء''', Ash'iyā' ) adalah watak lelaki utama dalam Kitab Yesaya Alkitab, dan menurut tradisi beliau dianggap sebagai penulis kitab itu. Dia merupakan nabi Yudea abad ke-8 SM yang mendeklarasikan bahawa seluruh dunia berada dalam pengendalian Tuhan, dan memperingatkan masyarakatnya bahawa negeri mereka akan dimusnahkan apabila mereka berpaling dari ajaran Tuhan.